Wednesday, October 21, 2009

PERHATIAN..!

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak rungutan diterima daripada ahli Warizan Al Helmy tentang bonus bulanan yang tidak diterima. Ketika dihubungi; pihak syarikat memberikan alasaan sedang mengemaskini sistem IT yang menyebabkan pembayaran tergendala. Syarikat memberi tempoh sehingga bulan Januari 2010 untuk menyiapkan sistem IT itu tersebut.
.
Oleh itu orang ramai, samada pengedar biasa atau leader tidak digalakkan membuat sebarang bayaran kepada syarikat untuk penyertaan baru sehingga pihak syarikat meyelesaikan masalah IT yang menyebabkan kelewatan pembayaran bonus kepada ahli.

Wednesday, June 3, 2009

PENGENALAN

H/Dr.(Hom) Zawari bin Abdul Aziz
Penasihat Warizan Al Helmy Sdn, Bhd.
Warizan Al Helmy Sdn Bhd (845525-A) atau sebelum ini dikenali sebagai Al Helmy Resources (SA 0099289-P), merupakan MEDAN PERJUANGAN yang amat baik untuk disertai oleh mereka yang baru mencuba atau yang sedang mencari arah untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan secara sambilan atau sepenuh masa.
Terdapat ramai usahawan baru dalam bidang perniagaan menemui kegagalan walaupun telah mengeluarkan modal yang banyak dan mereka berputus asa serta menganggap perniagaan merupakan suatu kerjaya yang sukar. Semua ini kerana sebelum memulakan suatu perniagaan mereka tidak membuat penyelidikan yang mendalam dan tiada pengalaman menghadapi cabaran.
Melalui Warizan Al-Helmy, pejuang dan peminat bidang perniagaan dapat menimba ilmu perniagaan dengan tidak perlu mengeluarkan modal yang besar dan pejuang dapat berhubung dan menimba ilmu daripada mereka yang pernah gagal untuk dijadikan panduan dan dari mereka yang berjaya untuk dicontohi atau diteladani.
Tiada ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan boleh menyebabkan seseorang pejuang baru terjebak dalam perniagaan yang menjurus kepada SKIM CEPAT KAYA atau BINARI yang diharamkan oleh pihak kerajaan.Dalam usaha berjuang mencipta kejayaan adalah dinasihatkan pejuang hendaklah menjalinkan hubungan yang rapat serta erat dengan pengurusan dan pemimpin syarikat supaya idea baru yang ditemui dapat dikongsi bersama dengan cepat.
Pihak pengurusan dan pemimpin syarikat adalah dinasihatkan berkerjayalah dengan jujur dan ikhlas dalam usaha mencapai matlamat syarikat dan menjalankan dasar syarikat sebaik mungkin serta membantu pejuang mencipta kejayaan tanpa mengharap balasan dari pejuang itu sendiri.Kesabaran dalam menghadapi kerenah yang pelbagai lantaran ramai orang yang melibatkan diri adalah sangat dituntut supaya hubungan akan terus utuh dan kukuh dapat terus wujud serta berterusan.

- H/Dr (Hom) Zawari bin Abdul Aziz
Penasihat WARIZAN AL-HELMY SDN. BHD.

MODAL KECIL UNTUNG BESAR

Selamat datang ke dunia perniagaan Warizan Al Helmy Sdn. Bhd. (WAH). Percayakah anda dengan bermodalkan RM38 anda boleh menjana pendapatan sehingga empat atau lima angka sebulan? Tetapi itulah hakikatnya dunia perniagaan yang ingin WAH perkenalkan kepada anda.
Hanya dengan membeli pakej produk WAH (bedak berubat dan pil minda formula Dr. Zawari) bernilai RM38 anda berhak mendapat bonus bulanan dari syarikat sebanyak RM2 selama 2 tahun. Anda juga boleh memperkenalkan produk WAH ini kepada kenalan anda. Anda juga akan mendapat bonus RM2 daripada setiap pembelian yang kenalan anda lakukan. (Lihat carta cara pembayaran bonus seperti jadual di bawah)

Tuesday, June 2, 2009

Monday, June 1, 2009

KHAIRAT KEMATIAN - MAA TAKAFUL

Syarikat Warizan Al Helmy Sdn. Bhd.  berusaha untuk memberi perlindungan MAA Takaful untuk semua  wakil syarikat (pengguna bistari atau group leader) untuk yang memperolehi pendapatan bulanan RM 10.00 (sepuluh) ke atas setelah ditolak 15% (voucher).
 
Contoh:
Pendapatan anda RM20.00
- Potongan 15% = RM3.00
- RM17.00 pendapatan anda akan ditolak RM3.00 untuk Khairat Kematian
- Tunai anda adalah RM14.00

Sekiranya berlaku kematian MAA Takaful akan membazar RM4,000.00 kepada waris.
Syarikat juga akan memberikan sumbangan kepada wakil yang memperolehi pendapatan kurang dari RM 10.00. Ia diperolehi daripada potongan pendapatan wakil yang mempunyai lebih daripada satu akaun.


Sekiranya anda ada 2 akaun maka akaun kedua juga akan dipotong RM3.00 jika atas Rm10.00 dan potongan ini adalah bagi sumbangan untuk keluarga besar warizan yang meninggalkan kita kerana pendapatan mereka kurang dari RM10.00

Sunday, May 31, 2009

BUKAN SETAKAT KERETA DAN RUMAH

Bukan setakat kereta dan rumah. Ramai usahawan juga berjaya memperolehi motorsikal, TV Plasma dan barang kemas. Semuanya percuma yang diperolehi daripada tukar voucher aje, bukan pakai duit pun!

ANUGERAH KERETA DAN RUMAH UNTUK BULAN MEI DAN JUN 2009

Tahniah kepada usahawan-usahawan Warizan Al Helmy Sdn. Bhd. yang berjaya mendapat Anugerah Pencapaian untuk bulan Mei dan Jun 2009 iaitu berupa:

Pangsapuri (rumah) - 1 buah (sedang diuruskan)

Mercedes Benz E200 (mata belalang)  :  2 buah

Mercedes Benz E230 (mata belalang)  : 1 buah

Mercedes Benz E240 (mata belalang)  : 2 buah

Mercedes Benz S280  : 1 buah

Saturday, May 30, 2009

JADI USAHAWAN BERJAYA DENGAN MODAL RM38.00

Cikgu Aziz dari Bukit Beruntung dengan kereta PERCUMA

Lazimnya orang beranggapan sekiranya ingin menjadi usahawan berjaya anda memerlukan banyak modal. Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang mencukupi anda kena membuat pinjaman dengan bank, keluarga atau rakan-rakan. Setiap pinjaman anda kena bayar balik. Proses pembayaran balik itu merupakan tanggungan atau bebanan pada anda. Lebih besar jumlah nilai jumlah pinjaman anda lebih besar juga bebanan yang anda akan tanggung.
Warizan Al Helmy Sdn. Bhd. (WAHSB) menjemput anda menyertai kami. Anda boleh menjadi usahawan yang berjaya bersama kami. Seorang guru dari Bukit Beruntung mendapat pendapatan tambahan dari WAHSB melebihi RM 12,000.00 sebulan dan mempeolehi sebuah kereta Mercedez percuma walaupun baru 6 bulan menyertai WAHSB.
Jom tambah income bersama kami. Jadilah usahawan yang berjaya bersama WAHSB walaupun dengan modal serendah RM38 sahaja.

Saturday, March 21, 2009


"Saya join WAHSB pada bulan Oktober 2008 (masa itu dikenali sebagai Al Helmy Resources),
pada bulan November 08 saya dapat RM2, bulan Disember 08 saya dapat RM620, bulan Jan 09 saya dapat RM6,000, bulan Februari 09 saya dapat RM11,000 dan Mac 09 pendapatan saya mencecah RM14,000 sebulan".
Pengakuan dari : Cikgu Aziz, Bukit Beruntung, Selangor.

Anda mampu mencapai pendapatan seperti Cikgu Aziz sekiranya anda mengambil tindakan yang tepat diatas peluang yang diberi oleh Warizan Al Helmy Sdn. Bhd.

Semakin besar pendapatan anda di WASB semakin besar juga keuntungan WASB. Mari kita bergerak dalam keadaan WIN-WIN SITUATION

PRODUK WARIZAN AL HELMY



Pakej Pilihan :

Pakej A : 3 unit bedak berkhasiat Zanita = RM45

Pakej B : 2 unit pil minda WAH = RM50

Pakej C : 1 unit bedak Zanita + 1 unit pil minda = RM40

Wednesday, March 18, 2009

Bagaimana Bonus Anda Dibayar


Klik imej untuk nampak jelas

15% pendapatan anda akan diberi dalam bentuk voucher. Nilai voucher RM100 boleh ditukar dengan barangan IKS yang ada dijual di Pejabat WAHSB, Manakala voucher bernilai lebih RM100 boleh ditukar dengan barangan yang bernilai lebih tinggi seperti barangan kemas, barang elektrik, motorsikal, kerera dan rumah.





Tuesday, March 17, 2009