Wednesday, June 3, 2009

PENGENALAN

H/Dr.(Hom) Zawari bin Abdul Aziz
Penasihat Warizan Al Helmy Sdn, Bhd.
Warizan Al Helmy Sdn Bhd (845525-A) atau sebelum ini dikenali sebagai Al Helmy Resources (SA 0099289-P), merupakan MEDAN PERJUANGAN yang amat baik untuk disertai oleh mereka yang baru mencuba atau yang sedang mencari arah untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan secara sambilan atau sepenuh masa.
Terdapat ramai usahawan baru dalam bidang perniagaan menemui kegagalan walaupun telah mengeluarkan modal yang banyak dan mereka berputus asa serta menganggap perniagaan merupakan suatu kerjaya yang sukar. Semua ini kerana sebelum memulakan suatu perniagaan mereka tidak membuat penyelidikan yang mendalam dan tiada pengalaman menghadapi cabaran.
Melalui Warizan Al-Helmy, pejuang dan peminat bidang perniagaan dapat menimba ilmu perniagaan dengan tidak perlu mengeluarkan modal yang besar dan pejuang dapat berhubung dan menimba ilmu daripada mereka yang pernah gagal untuk dijadikan panduan dan dari mereka yang berjaya untuk dicontohi atau diteladani.
Tiada ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan boleh menyebabkan seseorang pejuang baru terjebak dalam perniagaan yang menjurus kepada SKIM CEPAT KAYA atau BINARI yang diharamkan oleh pihak kerajaan.Dalam usaha berjuang mencipta kejayaan adalah dinasihatkan pejuang hendaklah menjalinkan hubungan yang rapat serta erat dengan pengurusan dan pemimpin syarikat supaya idea baru yang ditemui dapat dikongsi bersama dengan cepat.
Pihak pengurusan dan pemimpin syarikat adalah dinasihatkan berkerjayalah dengan jujur dan ikhlas dalam usaha mencapai matlamat syarikat dan menjalankan dasar syarikat sebaik mungkin serta membantu pejuang mencipta kejayaan tanpa mengharap balasan dari pejuang itu sendiri.Kesabaran dalam menghadapi kerenah yang pelbagai lantaran ramai orang yang melibatkan diri adalah sangat dituntut supaya hubungan akan terus utuh dan kukuh dapat terus wujud serta berterusan.

- H/Dr (Hom) Zawari bin Abdul Aziz
Penasihat WARIZAN AL-HELMY SDN. BHD.

No comments:

Post a Comment